Sunday, 16 March 2014

Maskot Tahun Melawat Malysia 2014



THE PROBOSCIS MONKEY mempunyai hidung besar yang menjadi perhatian orang ramai. Spesis ini  mempunyai perut yang besar dan hidup dalam kumpulan . Spesis ini juga tidak makan pisang masak, mempunyai selaput kaki dan pandai berenang. Haiwan ini merupakan binatang terancam dan  terdapat di Borneo serta kebanyakannya di Sabah.

Oleh kerana Malaysia  menganjurkan sambutan pelancongan termegah - Tahun Melawat Malaysia ( TMM) pada 2014, komitmen negara untuk melindungi khazanah ekologi dan khususnya, pemuliharaan haiwan yang asli serta menyediakan satu platform untuk berkongsi dengan dunia berkaitan makhluk menarik yang ditemui oleh orang ramai.




Memandangkan juga terkenal diserantau Malaysia sebagai penjaga beberapa spesies yang jarang ditemui dan paling terancam di Asia , pemilihan  maskot  haiwan tersebut secara simboliknya mewakili kempen TMM 2014.

Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan , Malaysia telah memutuskan spesis tersebut sebagai haiwan paling terancam dan disenaraikan pada International Union for Conservation of Nature (IUCN)’s Red List of Threatened Species - Monyet Proboscis sebagai maskot rasmi bagi Lawatan Tahun Malaysia 2014.

Monyet Proboscis berasal dari kawasan tengah Borneo (Malaysia Timur). Spesies mamalia ini mempunyai beberapa ciri yang paling unik yang ditetapkan dalam ciri-ciri biologi dan fizikal selain daripada primat lain.

Selamat Datang


Saturday, 15 March 2014

Pray for MH370

Pelajar Jurusan Pengurusan Pelancongan Universiti Malaysia Terengganu Tahun ke-2  telah mendedikasikan kad ucapan untuk mangsa dan keluarga mangsa diatas kejadian yang menimpa pesawat MH370. 

1. Interact member group



2. Mans From Star group


3. AGM group



4. Girl Generation Group



5. 2+8 group


6. Extraordinary group



7. Fabulous group



8. The Investors group








Tuesday, 11 March 2014

2nd FAI Asian Paragliding Accuracy Championship (FAPAC)







Paragliders dari seluruh dunia berkumpul di bukit Lohan, Ranau, Sabah. Acara ini telah diorganisasikan oleh Federation Aeronautique Internationale (FAI). Sebanyak sembilan negara termasuk Hungary, Indonesia, Jepun, Qatar, and Taiwan mengambil bahagian pada tahun lepas. Selain itu, yang lebih menariknya para paragliders dapat melihat kampung-kampung dan kehebatan Gunung Kinabalu. Juruterbang bersaing untuk mendapatkan gelaran juara.

 Aktiviti ini menjadikan salah satu Mega Event dalam kalender melawat Malaysia 2014. Aktiviti ini dijalankan pada 12 hingga 19 Mac 2014 di Kampung Lohan, Ranau, Sabah.

Untuk melihat pelbagai lagi acara yang dijalankan bleh melawati laman web dibawah :







Monday, 10 March 2014

Paradise of Island






Istilah diatas sering diberi oleh pelancong yang pernah datang berkunjung di Pulau Rawa. Ia tidak terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan sebagainya. Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan yang terletak di pesisiran laut Johor. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan pulau lain, iaitu Pulau Besar, Pulau Sulu dan Pulau Tinggi.


Pulau Rawa

Pulau Rawa mengelilingi pantai di pulau-pulau tersebut.Pasir pantai yang putih menjadi salah satu tarikan yang terdapat di Pulau Rawa. Hal ini kerana disebabkan, ia meghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dipukul ombak dan menarik  lumpur dari pasir pantainya. Suasana yang tenang dan aman dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Air laut yang hijau jernih dan langit yang biru memberi kombinasi warna yang menenangkan pelancong yang hadir.





Permandangan indah yang terdapat di Pulau Rawa


Pulau Rawa mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pelancong iaitu, Rawa Island Resort dan yang lebih kecil ialah Alang's Rawa. Walaupun resort telah dibangunkan untuk kemudahan pelancong, tetapi ia tidak memberi impak yang besar terhadap bentuk muka bumi yang asal. Ia seperti pulau yang masih tidak terusik dengan pembangunan manusia.
  




Penginapan yang disediakan


Pengalaman berkunjung ke 'Paradise of Island' Pulau Rawa tidak akan mengecewakan dan sesuai lah gelaran yang diberi oleh pelancongan yang sudah merasai keindahan alam semula jadi di Pulau Rawa. Untuk ke pulau ini perlu menaiki bot daripada Jeti Mersing yang sejauh 16 kilometer daripada jeti.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan, sila tekan link dibawah :


Love in Courts of The Lions




Court of The Lions' namanya yang megah, semegahnya struktur seni bina Istana Al-Hambra di Granada, Sepanyol. Kedudukannya di atas tanah tinggi menggambarkan kemegahannya di tanah Andalusia. Istana ini sangat sesuai bagi pelancong yang mengemarkan aspek seni bina dan sejarah.Sejarah namanya tidak perlu lah diceritakan lagi kerana sudah terlalu banyak bloggers yang sudah menceritakan makna disebalik nama Al-Hambra itu.

Sejarah kewujudannya yang mashyur dapat menarik pelancong datang berkunjung di tanah Andalusia. Seni bina Islam yang telah lama wujud sejak zaman Bani Umaiyyah hampir 800 tahun yang lalu menjadi keajaiban bagi pelancong yang datang berkunjung kerana ia dapat bertahan selama beratus-ratus tahun. Pelancong terpaksa mendaki dan melalui jalan tar yang kanan dan kirinya terdapat air mengalir laju menuruni curam untuk sampai ke pintu masuk istana.

Apabila jejak sahaja kaki dihadapan pintu masuk Istana Al-Hambra ini membuatkan mulut anda terbuka luas kerana merasa teruja dan kagum melihat seni bina Islam. Pintu istana yang tinggi dan lebar membuatkan anda mendonggak ke atas dan anda akan melihat ayat kursi yang diukir. Perasaan teruja dan kagum akan makin bertambah jika melawat ke setiap sudut ruang dan melihat dengan mata sendiri ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran dan nama-nama Allah di dingding Istana Al-Hambra.

Ruang yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah di ruang tengah Istana yang terletaknya taman di dalam istana yang dikenali sebagai Taman Singa. Hal ini disebabkan, disepanjang taman itu terdapat 12 patung singa yang berbaris lingkar.Terdapat juga taman dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar. Kewujudan air pancut dan tumbuhan hijau disekitar menambah seri keindahan taman da dala Istana Al-Hambra. .


 Terdapat cerita orang tempatan bahawa kita akan bertemu dengan jodoh kita jika datang berkunjung di Istana Al-Hambra. Terdapat mitos berpendapat bahawa istana ini dibina untuk Puteri Gabenor Malaga yang bernama Lindaraja. Istana ini dibina untuk menunjukkan rasa cinta kepada puteri tersebut. Hal ini hanya mainan mulut orang tempatan dan tidak siapa tahu kebenaranya selain Allah S.W.T.

Pengalaman melancong ke Granada dan berkunjung ke Istana Al- Hambra tidak akan merugikan kerana kita dapat banyak pengalaman dan ilmu berkaitan seni bina Islam dan sejarah kegemilangan zaman tamadun Islam dan kita tidak lagi hanya mendengar daripada mulut orang dan google dinternet.