Sunday, 16 March 2014
Maskot Tahun Melawat Malysia 2014
THE PROBOSCIS MONKEY mempunyai hidung besar yang menjadi perhatian orang ramai. Spesis ini mempunyai perut yang besar dan hidup dalam kumpulan . Spesis ini juga tidak makan pisang masak, mempunyai selaput kaki dan pandai berenang. Haiwan ini merupakan binatang terancam dan terdapat di Borneo serta kebanyakannya di Sabah.
Oleh kerana Malaysia menganjurkan sambutan pelancongan termegah - Tahun Melawat Malaysia ( TMM) pada 2014, komitmen negara untuk melindungi khazanah ekologi dan khususnya, pemuliharaan haiwan yang asli serta menyediakan satu platform untuk berkongsi dengan dunia berkaitan makhluk menarik yang ditemui oleh orang ramai.
Memandangkan juga terkenal diserantau Malaysia sebagai penjaga beberapa spesies yang jarang ditemui dan paling terancam di Asia , pemilihan maskot haiwan tersebut secara simboliknya mewakili kempen TMM 2014.
Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan , Malaysia telah memutuskan spesis tersebut sebagai haiwan paling terancam dan disenaraikan pada International Union for Conservation of Nature (IUCN)’s Red List of Threatened Species - Monyet Proboscis sebagai maskot rasmi bagi Lawatan Tahun Malaysia 2014.
Monyet Proboscis berasal dari kawasan tengah Borneo (Malaysia Timur). Spesies mamalia ini mempunyai beberapa ciri yang paling unik yang ditetapkan dalam ciri-ciri biologi dan fizikal selain daripada primat lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment