
' Court of The Lions' namanya yang megah, semegahnya struktur seni bina Istana Al-Hambra di Granada, Sepanyol. Kedudukannya di atas tanah tinggi menggambarkan kemegahannya di tanah Andalusia. Istana ini sangat sesuai bagi pelancong yang mengemarkan aspek seni bina dan sejarah.Sejarah namanya tidak perlu lah diceritakan lagi kerana sudah terlalu banyak bloggers yang sudah menceritakan makna disebalik nama Al-Hambra itu.
Sejarah kewujudannya yang mashyur dapat menarik pelancong datang berkunjung di tanah Andalusia. Seni bina Islam yang telah lama wujud sejak zaman Bani Umaiyyah hampir 800 tahun yang lalu menjadi keajaiban bagi pelancong yang datang berkunjung kerana ia dapat bertahan selama beratus-ratus tahun. Pelancong terpaksa mendaki dan melalui jalan tar yang kanan dan kirinya terdapat air mengalir laju menuruni curam untuk sampai ke pintu masuk istana.
Apabila jejak sahaja kaki dihadapan pintu masuk Istana Al-Hambra ini membuatkan mulut anda terbuka luas kerana merasa teruja dan kagum melihat seni bina Islam. Pintu istana yang tinggi dan lebar membuatkan anda mendonggak ke atas dan anda akan melihat ayat kursi yang diukir. Perasaan teruja dan kagum akan makin bertambah jika melawat ke setiap sudut ruang dan melihat dengan mata sendiri ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran dan nama-nama Allah di dingding Istana Al-Hambra.
Ruang yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah di ruang tengah Istana yang terletaknya taman di dalam istana yang dikenali sebagai Taman Singa. Hal ini disebabkan, disepanjang taman itu terdapat 12 patung singa yang berbaris lingkar.Terdapat juga taman dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar. Kewujudan air pancut dan tumbuhan hijau disekitar menambah seri keindahan taman da dala Istana Al-Hambra. .
Terdapat cerita orang tempatan bahawa kita akan bertemu dengan jodoh kita jika datang berkunjung di Istana Al-Hambra. Terdapat mitos berpendapat bahawa istana ini dibina untuk Puteri Gabenor Malaga yang bernama Lindaraja. Istana ini dibina untuk menunjukkan rasa cinta kepada puteri tersebut. Hal ini hanya mainan mulut orang tempatan dan tidak siapa tahu kebenaranya selain Allah S.W.T.
Pengalaman melancong ke Granada dan berkunjung ke Istana Al- Hambra tidak akan merugikan kerana kita dapat banyak pengalaman dan ilmu berkaitan seni bina Islam dan sejarah kegemilangan zaman tamadun Islam dan kita tidak lagi hanya mendengar daripada mulut orang dan google dinternet.
No comments:
Post a Comment