Monday, 10 March 2014

Paradise of Island






Istilah diatas sering diberi oleh pelancong yang pernah datang berkunjung di Pulau Rawa. Ia tidak terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan sebagainya. Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan yang terletak di pesisiran laut Johor. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan pulau lain, iaitu Pulau Besar, Pulau Sulu dan Pulau Tinggi.


Pulau Rawa

Pulau Rawa mengelilingi pantai di pulau-pulau tersebut.Pasir pantai yang putih menjadi salah satu tarikan yang terdapat di Pulau Rawa. Hal ini kerana disebabkan, ia meghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dipukul ombak dan menarik  lumpur dari pasir pantainya. Suasana yang tenang dan aman dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Air laut yang hijau jernih dan langit yang biru memberi kombinasi warna yang menenangkan pelancong yang hadir.





Permandangan indah yang terdapat di Pulau Rawa


Pulau Rawa mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pelancong iaitu, Rawa Island Resort dan yang lebih kecil ialah Alang's Rawa. Walaupun resort telah dibangunkan untuk kemudahan pelancong, tetapi ia tidak memberi impak yang besar terhadap bentuk muka bumi yang asal. Ia seperti pulau yang masih tidak terusik dengan pembangunan manusia.
  




Penginapan yang disediakan


Pengalaman berkunjung ke 'Paradise of Island' Pulau Rawa tidak akan mengecewakan dan sesuai lah gelaran yang diberi oleh pelancongan yang sudah merasai keindahan alam semula jadi di Pulau Rawa. Untuk ke pulau ini perlu menaiki bot daripada Jeti Mersing yang sejauh 16 kilometer daripada jeti.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan, sila tekan link dibawah :


No comments:

Post a Comment