Friday, 20 December 2013

Manfaatkan sepenuh minggu 'study week'

Assalamualaikum dan selamat petang kepada tours community =)

Rasanya mesti semua dah habis kuliahkan untuk semester ini?

Jadi,sebelum minggu peperiksaan bermula,biasanya pihak universiti memberikan cuti khas kepada semua mahasiswa/i untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap ulangkaji anda semua...

Tapi,macam biasalah nama pun 'cuti khas' maka kebanyakkan daripada kita akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung sebentar untuk berjumpa dengan keluarga bagi memohon restu dari mereka sebelum peperiksaan bermula.

Bagi mahasiswa/i tahun 1,ini adalah peperiksaan anda yang pertama.Cuba sehabis mungkin untuk dapatkan pointer yang terbaik.Jadi gunakanlah sebaik mungkin 'cuti khas' yang diberi untuk mentelaah semua subjek sebelum peperiksaan bermula lebih kurang seminggu lagi..Buat pengetahuan anda semua,'cuti khas' ini cuma diberikan pada semester ganjil sahaja.Jadi gunakan sebaik mungkin.

Manakala bagi mahasiswa/i tahun 2 pula,masih ada masa lagi untuk memperbaiki pointer kepada yang lebih baik lagi.Tingkatkan usaha anda kerana setiap apa yang diusahakan pasti akan ada kejayaan yang menanti.

Jadi,saya ingin mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran anda dan jagalah kesihatan anda.Belajar,belajar juga,kesihatan jangan dilupakan.

Tidak dilupakan juga,kepada mahasiswa/i yang menyambut hari natal,
Merry Christmas to You.Enjoy the holiday with your family =)

No comments:

Post a Comment